DAKWAH KAUM DAYAK DI SARAWAK
PENDAHULUAN PENGENALAN: “Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku suku agar kamu saling kenal mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti. (Surah Al-Hujurat: 13)” Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia yang hampir menyamai 11 negeri di Semenanjung dengan keluasan 124,449.5 kilometer persegi. Ia terletak di sebelah Barat Pulau Borneo bersempadan dengan negeri Sabah, Negara Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. Berpusat di Kuching, wilayah pentadbiran di Sarawak dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Kota Samarahan, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Sarawak juga terkenal dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kenyah, Penan dan lain-lain yang meliputi 37 ...